Kembara adalah kepulangan dengan kenangan, bukan kebimbangan.

 

Melihat dan mengenali tempat-tempat baru seringkali menyeronokkan. Namun pengembaraan boleh menimbulkan kesulitan, daripada perjalanan anda dibatalkan sehingga kehilangan bagasi. Jadikan kami teman perjalanan anda dan kami akan melindungi anda di setiap langkah. Anda tidak perlu risau jika kaki terseliuh atau perjalanan ditangguhkan. Dengan kami di sisi anda, anda boleh merasai kenangan baru dan pulang tanpa kebimbangan.

 

Jaringan Keselamatan Semasa di Luar Negara

 

World Traveller Care Takaful adalah pelan Takaful perjalanan untuk melindungi anda sekiranya anda menghadapi sebarang musibah yang tidak dijangka semasa mengembara. Ia mempunyai liputan di seluruh dunia dengan 4 pelan dan jenis manfaat yang disediakan untuk pengembara sebagai individu atau bersama keluarga.

Pelan Lawatan Tunggal
Untuk perjalanan tunggal ke destinasi-destinasi percutian impian anda atau untuk tujuan perniagaan, anda boleh memiliki perlindungan jenis ini sama ada anda mengembara di dalam atau di luar negara.

Pelan Lawatan Tahunan
Untuk yang kerap mengembara, anda boleh menjimatkan wang, masa dan kerumitan menyertai pelan Takaful perjalanan setiap kali anda ingin membuat perjalanan. Tiada sebarang had dikenakan ke atas kekerapan perjalanan selagi setiap perjalanan tidak melebihi 90 hari berturut-turut.

Manfaat Utama

 

  • Bila-bila Masa, Di Mana Sahaja

Di mana sahaja, pada bila-bila masa, Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam disediakan dengan hanya satu panggilan sahaja.

  • Perlindungan Komprehensif

World Traveller Care Takaful membolehkan anda memilih untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh untuk pasangan dan anak-anak anda.

  • Perlindungan Perubatan

Nikmati faedah yang merangkumi pelbagai keperluan perubatan anda seperti kemasukan hospital, perbelanjaan rawatan dan manfaat penjagaan ihsan. Perlindungan manfaat adalah sehingga RM1,0000,000 bergantung kepada pelan yang dipilih.

  • Kesulitan Perjalanan

Anda tidak perlu bimbang tentang musibah pengembaraan, kerana World Traveller Care Takaful akan memberi pampasan atas perbelanjaan yang ditanggung akibat daripada sebarang kesulitan seperti pembatalan perjalanan, dan kelewatan perjalanan.

 

 
 
  • Kehilangan atau Kelewatan Bagasi

Jika bagasi anda tidak tiba atau lewat ke destinasi anda, anda akan dibayar pampasan untuk kesulitan yang dialami.

  • Kehilangan Dokumen Perjalanan

Nikmati perjalanan secara berterusan walaupun anda kehilangan dokumen kerana World Traveller Care Takaful akan menguruskannya untuk anda. Manfaat ini termasuk perlindungan untuk kehilangan visa, pasport dan tiket perjalananan.

  • Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal

Sekiranya berlaku Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Kekal, perlindungan sehingga RM500,000 bagi setiap orang dewasa dan RM1,500,000 untuk keluarga akan dibayar.

  • Perlindungan terhadap Keganasan

Menyediakan perlindungan bagi kecederaan anggota badan, Kematian atau Hilang Upaya Kekal yang dialami dan kerugian atau kerosakan (untuk manfaat berkenaan) akibat daripada kegiatan keganasan di mana Orang Yang Dilindungi tidak terlibat dalam kegiatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

Kelayakan

 

Individu/Dewasa mestilah berumur di antara 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah berumur di antara 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 45 hari dan di bawah 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.

 

 

 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 

 
d

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.