Pelan yang membantu anda melindungi kesihatan.

 

Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa inginkan. Namun begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk. Ultra Medic Rider direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada kesihatan. Dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang perlindungan perubatan.

Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.

“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.”

“Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”


- The Star, 14 Mac 2009.

 

Pelan Untuk Kesihatan Anda

 

Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.

     

Manfaat Utama

Mula tambahkan simpanan anda

Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

 

Akhir Tahun Sijil % Jumlah Asas Dilindungi
3 10%
4 to 14 3%
15 to 24 4%
25 to 30 5%
Sub Jumlah 113%
Tambahan 10% menjelang tempoh matang 10%
Jumlah Keseluruhan* 123%

 

* Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%

Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

 

  • Manfaat Matang

Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

 

 
 

Perlindungan Komprehensif

  • Manfaat Kematian

  • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

  • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

  • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

  • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

  • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

  • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

  • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

 

 

Jadual Manfaat

Jenis Pelan
Pelan 1
Pelan 2
Pelan 3
Pelan 4
Pelan 5
Had Perlindungan  
Had Sepanjang Hayat Keseluruhan
RM200,000
RM400,000
RM600,000
RM800,000
RM1,500,000
Had Tahunan Keseluruhan
RM50,000
RM100,000
RM150,000
RM200,000
RM300,000
Manfaat Pesakit Dalam Hospital
Bilik dan Makanan Di Hospital
RM100
RM200
RM300
RM400
RM500
Tempoh Duduk Maksimum (setahun)
120 Hari
180 Hari
Unit Rawatan Rapi (Maks. 30 hari setahun)
Fi Pembedahan, Fi Pakar bius, Bilik Bedah dan Bekalan & Perkhidmatan Hospital.
Lawatan Pakar Perubatan/Pakar Dalam Hospital (maks. 2 lawatan sehari)
Manfaat Penjagaan Harian Anak yang Dilindungi (setahun)
Tiada berkenaan

RM 150

(sehingga 120 hari)

RM150 (sehingga 180 hari)
Elaun tunai Harian Di Hospital Kerajaan (setahun)

RM 50

(sehingga 120 hari)

RM 100

(sehingga 120 hari)

RM150 (sehingga 180 hari)
Fi Laporan Perubatan (setiap hilang upaya)
RM100
Cukai Perkhidmatan Kerajaan Untuk Caj Bilik & Makanan.
Seperti yang dikenakan
Manfaat Pesakit Luar
Ujian Diagnostik Pra Hospital/Rundingan Pakar

Seperti yang dikenakan

(dalam tempoh 60 hari sebelumnya)

Seperti yang dikenakan

(dalam tempoh 90 hari sebelumnya)

Rawatan Selepas Penghospitalan
Seperti yang dikenakan (dalam tempoh 90 hari selepas keluar dari hospital)
Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam 90 hari selepas pelepasan/pembedahan)
RM1,000
RM2,000
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan
RM1,000
RM2,000
Seperti yang dikenakan
Rawatan Kecemasan Pergigian Akibat Kemalangan
RM1,000
RM2,000
Seperti yang dikenakan
Fi Ambulans
Seperti yang dikenakan
Panjagaan Kejururawatan di Rumah - had harian sehingga 60 hari setahun
RM40
RM60
RM100
RM150
RM200
Pembedahan Balik Hari
Seperti yang dikenakan
Rawatan Kecemasan Sakit Pesakit Luar (setiap hilang upaya)
RM100
Kanser, Dialisis dan Pemindahan Organ
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
Seperti yang dikenakan
Pemidahan Organ
Lain-lain Manfaat
Pendapatan Kedua Perubahan (dari hospital terkemuka dunia untuk keadaan perubatan yang layak)
Tidak Berkenaan
Ada
Perubatan Alternatif - Kiropraktik, Kiropodi, Homoepati, Osteopati, Akupunktur
Tidak Berkenaan

RM150

(dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital)

RM150

(dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital)

Bonus Tanpa Tuntutan
5% daripada sumbangan tahunan rider akan dibayar dari tahun ke-3 Sijil dan seterusnya: jika tiada tuntutan dibuat semasa 1 tahun Sijil sebelumnya

 

Nota: Jumlah manfaat yang dibayar dalam 1 tahun Sijil adalah tertakluk pada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat yang dibayar semasa sepanjang hayat Orang yang Dilindungi adalah tertakluk pada Had Sepanjang Hayat Keseluruhan.

 

Nota penting

 

Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.

 

walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.

 

Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.

 

Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.

 

Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

 

Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.

 

Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.

 

Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).

 

Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.

 

Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.

 

 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 

 
d

 

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.