Konsep Etiqa Takaful

 

 

Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Konsep takaful diterangkan seperti di bawah:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful. Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.

6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.

Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar, jadi kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama. Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.

 
 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 
d

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.