Kelebihan Etiqa Takaful

 

 

KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL


Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding insurans konvensional yang hanya berobjektifkan keuntungan semata-mata. Antarake lebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem takaful ialah:

1. Jaminan Perlindungan Kewangan Berlandaskan Prinsip-prinsip Islam

Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada sisteminsurans konvensional yang telah diperakukan oleh sebahagian besar ulama’dan fuqaha’ Islam sebagai tidak memenuhi kehendak syarak. Oleh itu,kelebihan utama sistem ini sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi jaminan perlindungan kewangan kepada peserta-peserta mengikutgaris panduan yang telah ditetapkansyarak. Bagi memastikan dan menyakinkanbahawa kajian dan percubaan ini akan berjaya, panduan-panduan telahdiambil daripada syarikat-syarikat mudharabah secara Islam sedia ada yangmenjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan peserta-peserta skim takaful.Konsep saling menyumbangdan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbandingdengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takafulhanyalah di kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang aktif berkenaanskim perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat pengendali takaful bukanlah sebagai pihak yang memberikan perlindungan sebaliknya para peserta takafulbertanggungjawab sebagai pihak yang memberi perlindungan selain menjadi pihak yang dilindungi.

2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Keluarga

Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang diamalkan olehsyarikatinsurans hayat, pencarum takaful keluarga juga diberi pilihan dalammembayar caruman sama ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.Namun begitu, pencarum yang terlewat membayar wangcaruman dalam sistem takaful tidak akan dikenakan sebarang bayaran faedahkerana unsur-unsur riba sangatdilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengansyarikat insurans yang mengenakan bayaran faedah kepada pencarum yangterlewat menjelaskan bayaran premium.

3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan Peserta-Peserta TakafulMelalui Kontrak Mudharabah

Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras dengan hokumsyarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan mudharabah. Al-Takaful ialahsaling menjamin manakala Al-Mudharabah ialah perjanjian berkongsi untungdalam perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta takaful)bagi suatu usahaniaga dengan penguasaha (pengendali takaful).Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysiaboleh digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung dengansekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu sama lain daripadakehilangan atau kemusnahan tertentu yang menimpa ke atas mana-manapeserta seperti kematian dan bencana.Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai wang syarikat malahdiasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali. Pengendali takaful hanyabertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripadakumpulan wangtakaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam kumpulan wangtakaful, pengendali takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (QardhulHasan) untuk menampung kekurangan berkenaan.Melalui kontrakMudharabah, peserta diberi hak untuk turut berkongsikeuntungan yangdiperolehi melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful berdasarkannisbahyang telah dipersetujui. Manakala lebihan untung atau pulangan dipegang olehtabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawakeuntunganhasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki olehsyarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri.Berbezadengan sistem insurans konvensional di mana keuntungannya diagih mengikutkeputusan syarikat insurans tersebut. Keuntungan yang diperolehi oleh pengendali takaful juga tidak diragui dari segi kehalalannya keranapelaburan dilakukandalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariahberdasarkan garis panduan yangdiberikan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meninggal dunia

Apabila seseorang peserta yang meninggaldunia sebelum tempoh skimperlindungan takaful keluarga yang disertainya matang,maka waris-warisnyaakan menerima bayaran manfaat takaful seperti berikut :a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebelum iameninggal dunia sebagaimana yang telah terkumpul dalam akaun pesertanyadan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikutperjanjian al-Mudharabah.b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jikadia tidak meninggal dunia dan terus mengekalkan penyertannya. Jumlah bakiini adalahdikira dari tarikh selepas kematiannya sehingga tarikh skimperlindungan yangdisertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman iniakan dibuat daripada akaun khas semua peserta mengikut persetujuan sepertiyang termaktub didalam perjanjian takaful.c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebagaimanayangterkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburanyangdiperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.d) Lebihandaripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkankepadanya.Lebihan ini diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan mengendalikantakaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada waris-waris, rakan-rakan peserta yang meninggal dunia dan sebagainya.

5. Manfaat dari Segi Rohaniah.

Keuntungan biasanya menjadi matlamat utama dalam perniagaan. Tiadapengusaha mahupun penyumbang modal yang tidak mengharapkankeuntungan daripada perusahaan atau pelaburan yang dibuat. Hal ini keranakeuntungan diperlukan dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Islam jugatidak menegah umatnya dari mengaut keuntungan dalamperniagaan yangdijalankan selagi sumber dan kaedah untuk memperoleh keuntungan tersebuttidak bercanggah dengan syarak.Dalam konteks takaful, perserta bukan sahaja

 
 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 
d

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.