KARISMA

 

Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok

 

Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.

 

"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*

*Sumber: The Star, 19 February 2009

 

Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang

 

Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.

     

Manfaat Utama

 

Manfaat Hidup

Nikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.

 

Tahun Sijil
% Jumlah Asas Dilindungi
2 - 10
5%
12 - 20
7.5%
22 onwards
10%

 

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekaligus.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar.

Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.

Manfaat Matang

Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), yang telah diperuntukkan kepada Peserta akan dibayar.

 

Perlindungan Fleksibel

Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta.

 

 

 

 

 
 

Rider untuk Orang Dilindungi

 

Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan

Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.

Indemniti Kemalangan

Indemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa.

Penyakit Kritikal

Manfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.

Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal

Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.

Manfaat Tunai di Hospital Manfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.
"Medic Save" Pelan Hospital dan Perubatan.
Rider Bertempoh Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK

Kekerapan Tambah Nilai

Kemudahan untuk menambah nilai pelaburan.

 

Rider untuk Peserta

 

Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar)

Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.

Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK

Sumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK.

Rider Bertempoh (Pembayar)

Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.

Manfaat Pendapatan Keluarga

Manfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.

 

 

 

 

 

 

Ciri-ciri Utama

 

Umur Layak Penyertaan*

 

Minimum:

14 hari

Maksimum:

55 tahun

Had umur Peserta/Pemilik Sijil*

Minimum:

Maksimum:

19 tahun

Tiada umur maksimum

Had Umur Matang* Minimum: 85 tahun
Tempoh Yang Ditawarkan 20 atau 30 tahun

Jumlah Dilindungi

Minimum: RM12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin

Sumbangan minimum

Tertakluk pada jumlah Minimum Dilindungi

Kaedah pembayaran

Bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan

 

*Umur pada hari lahir akan datang

 

Asas Kontrak

 

Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.

 

Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.

 

Tahun Sijil
Fi Wakalah sebagai % daripada Sumbangan
Fi Wakalah Tetap Tahunan
1
90%
RM60
2
50%
RM60
3
31%
RM60
4
25%
RM60
5
15%
RM60
6
15%
RM60
7 dan seterusnya
5%
RM60

 

Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.

 

Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahgiakan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.

Nota penting

 

Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.

 

walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.

 

Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.

 

Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.

 

Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

 

Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.

 

Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.

 

Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).

 

Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.

 

Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.

 

 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 

 
d

 

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.