Flexi PA

 

Sentiasa bersama anda di jalan raya dengan hanya RM70 setahun.

 

Berada di atas jalan raya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk melindungi diri daripada situasi yang tidak diduga dengan pelan perlindungan yang menyeluruh. Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga anda daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

 

"Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Penyelidikan MIROS meramalkan bahawa kemalangan maut akan mencatat 10,716 kematian pada tahun 2020 berbanding dengan purata 6,915 kematian tahunan pada tahun-tahun kebelakangan ini." - Sumber: New Straits Time Online, 9 Julai 2014

 

Manfaat Utama

 

  • Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan

Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM50,000 dengan fleksibiliti untuk memberi kebenaran bagi melangsaikan baki bayaran ansuran kenderaan anda.

  • Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) akibat kemalangan, orang yang tersayang dilindungi dari segi kewangan dengan pembayaran sekaligus.

  • Elaun Kemasukan ke Hospital

Menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

  • Sumbangan yang Berpatutan


Anda dilindungi dengan sumbangan serendah RM0.19 sen sehari.

 

  • Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan

 

    Permohonan yang mudah. Tiada laporan kesihatan diperlukan.

 

  • Perlindungan di Serata Dunia

 

Anda dilindungi 24 jam sehari, di mana sahaja anda berada.

 

 
 

Kelayakan

Umur Kemasukan: 18 tahun sehingga 65 tahun, boleh diperbaharui sehingga 70 tahun.

 

Ringkasan Manfaat
Manfaat Jumlah Dilindungi (RM)
Kematian Akibat Kemalangan RM50,000
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan RM50,000
Elaun Kemasukan ke Hospital RM50 satu malam, sehingga RM5,000

 

Nota:
1. Sumbangan Tahunan adalah RM70 (termasuk duti setem RM10).
2. Tempoh perlindungan adalah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.
3. Semua sumbangan (jika terpakai) akan tertakluk kepada caj-caj atau cukai-cukai yang berkenaan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebagaimana yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa cukai Malaysia. Adalah penting untuk menyimpan setiap resit yang telah anda terima sebagai bukti pembayaran sumbangan.

 

Bagaimana Cara untuk Menyertai atau Memperbaharui?

 

Hubungi Etiqa Oneline di 05-322 9832 untuk maklumat lanjut.

 

Bagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan?

 

Anda boleh menghubungi Etiqa Claims Assist di talian 1300 88 1007 untuk membuat tuntutan. Anda dinasihatkan supaya menyimpan resit asal dan semua tuntutan mestilah dimaklumkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari.

 

 

 
“It’s not a condition but a decision to determine destiny”

Nur Azam Zamberi

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 

 
d

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.