MABRUR

 

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda

 

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.

 

Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda

 

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.

     

Manfaat Utama

 

  • Mula tambahkan simpanan anda

Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

 

Akhir Tahun Sijil

% Jumlah Asas Dilindungi

3

10%

4 to 14

3%

15 to 24

4%

25 to 30 5%
Sub Jumlah 113%
Tambahan 10% menjelang tempoh matang 10%

Jumlah Keseluruhan*

123%

 

* Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%

Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

 

  • Manfaat Matang

Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

 

 

Rider untuk Orang yang Dilindungi

 

Rider Ultra Medic Merangkumi perbelanjaan hospital dan pembedahan Orang yang Dilindungi.
Rider Tambah Nilai Tetap Menyediakan kemudahan untuk menambah elemen pelaburan sumbangan.
Rider Bertempoh Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami HUMK.
Rider Penyakit Kritikal Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan dibayar jika Orang yang Dilindungi didiagnosis dengan mana-mana 1 daripada 36 penyakit Kritikal yang dilindungi.
Rider Indemniti Kemalangan

1. Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan dibayar atas kematian atau hilang upaya dengan peratusan yang bergantung kepada tahap hilang upaya, akibat kemalangan. Tambahan 100% daripada jumlah yang Dilindungi Rider akan dibayar untuk manfaat HUMK lanjutan. HUMK lanjutan mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

2. Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan digandakan sekirannya kematian, hilang upaya atau kebakaran dalam bangunan awam; atau

3a. Manfaat Indemniti Hospital akan dibayar sekiranya sebahagian Orang yang Dilindungi Hilang Upaya akibat kemalangan;

3b. Manfaat Indeminiti Hilang Upaya separa akan dibayar sekirannya sebahagian Orang yang Dilindungi hilang upaya akibat kemalangan; dan

3c. Manfaat Pembedahan akan dibayar sekaligus apabila Orang yang Dilindungi menjalani pembedahan akibat kemalangan.

Rider Kematian atau Kehilangan Kekal Akibat Kemalangan Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan dibayar sekirannya Orang yang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami HUMK akibat kemalangan.
Rider pengecualian sumbangan untuk penyakit kritikal Sekirannya orang yang dilindungi mengalami salah 1 dari 35 penyakit kritiakal ayng dilindungi (tidak termasuk Agioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama), semua sumbangan pada masa hadapan akan dikecualikan (kecuali untuk rider-rider pengecualian lain dan Rider Ultra Medic, jika ada yang akan ditamatkan).

 

Ciri-ciri Utama

 

Umur Layak Orang yang Dilindungi

Minimum:

14 hari

Maksimum:

Sebelum hari lahir ke-60

Had umur Peserta/Pemilik Sijil*

Minimum:

Maksimum:

18 tahun

Tiada usia maksimum

Tempoh Matang Minimum: Ulang tahu sijil sebelum hari lahir ke-80
Tempoh Sijil yang Dibenarkan 20 atau 30 tahun

Jumlah Asas yang Dilindungi

Minimum: RM13,500
Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan

Sumbangan minimum

Tertakluk kepada minimum Jumlah Asas yang Dilindungi

Kaedah pembayaran Bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan

Agama

Islam

 

 

Perlindungan Komprehensif

 

  • Manfaat Kematian

Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

* Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

Rider untuk Peserta

 

Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal (Pembayar) Sekiranya Peserta mengalami salah 1 dari 35 penyakit kritikal yang dilindungi (tidak termasuk Agioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama), semua sumbangan pada masa hadapan akan dikecualikan (kecuali untuk rider-rider pengecualian lain dan Rider Ultra Medic, jika ada, yang akan ditamatkan).

Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMK

Sekiranya Peserta meninggal dunia atau mengalami HUMK, semua sumbangan pada masa hadapan akan dikecualikan (kecuali untuk lain-lain rider pengecualian dan Rider Ultra Medic, jika ada, yang akan ditamatkan).

Rider Bertempoh (Pembayar)

Jumlah yang Dilindungi bagi Rider akan dibayar sekiranya Peserta meninggal dunia atau mengalami HUMK.

Rider Manfaat Pendapatan Keluarga

Sekirannya Peserta meninggal dunia atau mengalami HUMK, pendapatan tahunan bersamaan dengan Jumlah yang Dilindungi bagi Rider dibahagikan dengan baki tempoh rider akan dibayar.

 

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai Fi Wakalah dan pengagihan DPP dan DRP untuk rider, sila rujuk kepada Ilustrasi Pemasaran dan Helaian Pendedahan Produk.

 

 

 

Asas Kontrak

 

Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan. Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.

 

Tahun Sijil
Fi Wakalah sebagai % daripada Sumbangan
Fi Wakalah Tetap Tahunan
1
90%
RM60
2
50%
RM60
3
31%
RM60
4
25%
RM60
5 hingga 6
15%
RM60
7 hingga 30
5%
RM60

 

Lebihan yang boleh diagihkan dalam DRP akan dibahgikan mengikut kadar 50% di antara Etiqa Takaful Berhad sebagai Fi Prestasi dan baki 50% akan diperuntukkan kepada Peserta dan dilaburkan semula dalam DPP.

 

Lebihan yang boleh diagihkan dalam DPP akan dibahagiakan mengikut kadar 10% di antara Etiqa Takaful Berhad sebagai Fi Insetif untuk menguruskan PIF dan baki 90% akan diperuntukkan kepada Peserta dan dilaburkan semula dalam DPP.

 

Jika amaun mana-mana jumlah yang perlu dibayarkan kepada anda atau mana-mana orang yang berhak di bawah Sijil ini kurang daripada RM10, kami akan mengkreditkan jumlah tersebut ke dana kebajikan, yang akan digunakan sebagai Amal Jariah bagi pihak Peserta. Dana kebajikan akan dibahgikan kepada organisasi kebajikan yang berdaftar.

 

 

Pengecualian

 

Bagi memastikan manfaat anda adalah berpatutan, manfaat-manfaat tidak akan dibayar di dalam keadaan berikut. Jika Orang yang Dilindungi membunuh diri semasa waras, liabiliti kami adalah terhad kepada berikut:

- pembayaran balik sumbangan yang dibuat jika bunuh diri dilakukakan dalam 1 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh terkini pengembalian semula sijil, atau

-Pembayaran 60% dari Jumlah Asas yang Dilindungi jika bunuh diri dilakukan selepas 1 tahun dari tarikh terkini pengembalian semula sijil.

Jika Orang yang Dilindungi membunuh diri semasa tidak siuman, Jumlah Asas yang Dilindungi akan dibayar sepenuhnya.

 

Sijil ini atau rider (jika ada) tidak akan melindungi Hilang Upaya yang berlaku disebabkan daripada:

- terlibat dalam apa-apa sukan atau hobi berbahaya.

- penyertaan dalam apa-apa bentuk penerbangan (kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang atau anak kapal dalam perjalanan biasa yang dikendalikan oleh sistem penerbangan komersil), atau sukan udara;

-kecederaan diri yang disengajakan atau bunuh diri atau cubaan bunuh diri, kecuali terbukti tidak siuman; atau

- kecederaan atau penghospitalan akibat pengihan dadah, atau semasa dibawah pengaruh alkohol.

 

Rider (jika ada) yang dilampirkan pada sijil ini tidak akan melindungi penyakit kritikal yan berlaku disebabkan daripada:

-penyakit kritikal yang berlaku dalam masa 30 hari selepas tarikh dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula sijil tambahan/rider;

-kanser, penyakit jantung koronari yang memerlukan pembedahan, serangan jantung dan penyakit alteri koronari lain yang serius dalam masa 60 hari selepas tarikh dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula sijil tambahan/rider;

-penyakit yang berpunca dari sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan apa-apa keadaan yang berkaitan dengan AIDS; atau

-Penyakit Kritikal yang berlaku sebelum tarikh dikeluarkan atau tarikh pengembalian semula sijil tambahan/rider.

 

Rider Penghospitalan dan Pembedahan (jika ada) tidak akan dilindungi:

- penyakit sedia ada;

-Penyakit yang Ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama dari perlindungan berterusan; atau

-apa-apa keadaan perubahan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari pertama dari tarikh perlindungan Orang yang Dilindungi kecuali kecederaan akibat kemalangan.

 

 

   

Nota penting

 

Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.

 

walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.

 

Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.

 

Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.

 

Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

 

Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.

 

Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.

 

Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).

 

Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.

 

Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.

 

 

 

AZAM Achievers Management

Perak~Kuala Lumpur~Pulau Pinang

 

 
d

 

 

Best View Google Chrome or Mozila Firefox with resolution 1366x768.

AZAM Achievers Management @ 2013. All Right Reserved.